Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN (JEMAAH RAYUAN KESELAMATAN SOSIAL) 2018

Seksyen 4

(1)

Responden yang telah disampaikan dengan sewajarnya suatu notis untuk memfailkan pernyataan pembelaan di bawah peraturan 3 atau 7 hendaklah memfailkan pernyataan pembelaan dalam Borang JR4 Jadual kepada Jemaah Rayuan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan notis itu.

(2)

Pengerusi Jemaah Rayuan hendaklah menyebabkan supaya suatu pernyataan pembelaan yang difailkan di bawah subperaturan (1) disampaikan secara ke diri kepada pemohon dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pernyataan pembelaan itu difailkan.

Pindaan pernyataan tuntutan

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN (JEMAAH RAYUAN KESELAMATAN SOSIAL) 2018