Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN (JEMAAH RAYUAN KESELAMATAN SOSIAL) 2018
Seksyen 5
(1)
Pemohon boleh, pada mana-mana peringkat prosiding, meminda pernyataan tuntutan yang difailkan di bawah peraturan 2 dengan kebenaran Jemaah Rayuan tertakluk kepada apa-apa terma dan arahan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh
Jemaah Rayuan.
(2)
Walau apa pun subperaturan (1), Jemaah Rayuan tidak boleh memberikan kebenaran untuk meminda pernyataan tuntutan itu bagi maksud memasukkan suatu persoalan, pertikaian, tuntutan atau alasan rayuan yang baharu melainkan jika
Jemaah Rayuan berpuas hati bahawa—
(a)
persoalan, pertikaian, tuntutan atau alasan rayuan yang baharu itu adalah berdasarkan apa-apa perkara fakta atau undang-undang yang
P.U. (A) 353 5
diketahui oleh pemohon hanya selepas permohonan bersama dengan pernyataan tuntutan itu difailkan;
(b)
tidak praktik untuk memasukkan dalam pernyataan tuntutan itu persoalan, pertikaian, tuntutan atau alasan rayuan yang baharu itu pada masa permohonan bersama dengan pernyataan tuntutan itu difailkan;
atau
(c)
persoalan, pertikaian, tuntutan atau alasan rayuan yang baharu itu dimasukkan disebabkan oleh hal keadaan yang luar biasa.
(3)
Jika kebenaran diberikan di bawah subperaturan (1), pemohon hendaklah memfailkan pernyataan tuntutan terpinda itu dalam lima salinan dengan Jemaah Rayuan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh kebenaran itu diberikan.
(4)
Pengerusi Jemaah Rayuan hendaklah menyebabkan supaya satu salinan pernyataan tuntutan terpinda itu dikembalikan kepada pemohon dengan pengakuterimaan penerimaan.
(5)
Jika pernyataan tuntutan dipinda di bawah subperaturan (1) selepas permohonan itu disampaikan dengan sewajarnya kepada responden di bawah peraturan 3 atau 7, Pengerusi Jemaah Rayuan hendaklah menyebabkan supaya pernyataan tuntutan terpinda itu disampaikan secara ke diri kepada responden dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pernyataan tuntutan terpinda itu dikembalikan kepada pemohon di bawah subperaturan (4).
(6)
Jika pernyataan tuntutan terpinda disampaikan kepada responden selepas pernyataan pembelaan disampaikan dengan sewajarnya kepada pemohon di bawah peraturan 4 atau 7, responden boleh meminda pernyataan pembelaannya dan memfailkan pernyataan pembelaan terpinda itu dengan Jemaah Rayuan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pernyataan tuntutan terpinda itu disampaikan kepada responden.
P.U. (A) 353 6
(7)
Pengerusi Jemaah Rayuan hendaklah menyebabkan supaya pernyataan pembelaan terpinda itu disampaikan secara ke diri kepada pemohon dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pernyataan pembelaan terpinda itu difailkan dengan
Jemaah Rayuan.
Pindaan pernyataan pembelaan