Skip to content

Seksyen 10

Bunga atas tunggakan caruman

of Peraturan-Peraturan Sistem Insurans Pekerjaan (Pendaftaran dan Caruman) 2017

P.U. (A)In forceProvision 10 of 13
Seksyen 10

(1)

Mana-mana majikan yang tidak membayar apa-apa caruman kepada Pertubuhan dalam tempoh yang dinyatakan dalam subperaturan 9(1)

hendaklah bertanggungan untuk membayar bunga atas tunggakan caruman itu pada kadar enam peratus setahun berkenaan dengan setiap hari kemungkiran atau kelengahan bayaran.

(2)

Bagi maksud subperaturan (1), jika amaun bunga atas tunggakan caruman itu yang dikira berkenaan dengan setiap pekerja—

P.U. (A) 452 8

(a)

kurang daripada lima ringgit, bunga atas tunggakan caruman itu yang kena dibayar ialah lima ringgit berkenaan dengan setiap bulan atau sebahagian daripada suatu bulan; atau

(b)

melebihi lima ringgit, bunga atas tunggakan caruman itu yang kena dibayar hendaklah dikira sebagai gandaan lima ringgit tertinggi berikutnya berkenaan dengan setiap bulan atau sebahagian daripada suatu bulan.

(3)

Amaun bunga atas tunggakan caruman yang dikira mengikut subperaturan (1) atau (2) hendaklah kena dibayar dalam tempoh empat belas hari dari tarikh notis tuntutan ke atas bunga itu oleh Pertubuhan.