Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN (PENDAFTARAN DAN CARUMAN) 2017

Seksyen 4

(1)

Seseorang majikan hendaklah mendaftarkan semua pekerja dalam perusahaannya yang baginya Akta terpakai dengan Pertubuhan dalam Borang SIP 2

Jadual, secara elektronik atau selainnya, pada tarikh atau dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen 16(1) Akta bersama dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.

P.U. (A) 452 5

(2)

Seseorang majikan yang pekerjanya disifatkan telah berdaftar di bawah subseksyen 16(3) Akta hendaklah memberitahu Pertubuhan mengenai pekerjanya dalam Borang SIP 2A Jadual, secara elektronik atau selainnya, dalam masa tiga puluh hari selepas tarikh caruman dibayar kali yang pertama oleh majikan itu.

(3)

Seseorang majikan yang pekerjanya disifatkan telah berdaftar di bawah subseksyen 17(1) Akta hendaklah memberitahu Pertubuhan mengenai pekerjanya dalam Borang SIP 2A Jadual, secara elektronik atau selainnya, tidak lewat daripada tiga puluh hari dari tarikh Akta mula berkuat kuasa.

(4)

Mana-mana majikan yang tidak mematuhi subperaturan (2) atau (3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Nombor kod pekerja

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN (PENDAFTARAN DAN CARUMAN) 2017