Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN (PENDAFTARAN DAN CARUMAN) 2017
Seksyen 5
(1)
Apabila permohonan bagi pendaftaran di bawah subperaturan 4(1)
diterima, Pertubuhan hendaklah mendaftarkan pekerja itu dan mengeluarkan suatu nombor kod pekerja kepada pekerja itu dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.
(2)
Apabila pemberitahuan di bawah subperaturan 4(2) atau (3) diterima,
Pertubuhan hendaklah mengeluarkan suatu nombor kod pekerja kepada pekerja itu dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.
(3)
Walaupun Borang SIP 2 atau Borang SIP 2A yang telah dikemukakan di bawah peraturan 4 tidak dilengkapkan dengan sewajarnya oleh majikan, Pertubuhan boleh mengeluarkan suatu nombor kod pekerja kepada pekerja itu.
(4)
Pengeluaran nombor kod pekerja di bawah subperaturan (3) oleh
Pertubuhan tidak akan mengecualikan majikan itu daripada melengkapkan dan memberikan Borang SIP 2 atau Borang SIP 2A sebagaimana yang dikehendaki di bawah peraturan 4.
P.U. (A) 452 6
(5)
Nombor kod pekerja yang dikeluarkan kepada seorang pekerja di bawah peraturan ini hendaklah digunakan oleh majikan itu dalam semua urusan dengan
Pertubuhan yang berhubungan dengan pekerja itu.
Pemberhentian daripada menjadi majikan