Seksyen 6
Pemberhentian daripada menjadi majikan
of Peraturan-Peraturan Sistem Insurans Pekerjaan (Pendaftaran dan Caruman) 2017
P.U. (A)In forceProvision 6 of 13
Seksyen 6
(1)
Mana-mana orang yang berhenti daripada menjadi seorang majikan di bawah Akta hendaklah memberikan Borang SIP 3 Jadual kepada Pertubuhan bersama dengan dokumen yang berkaitan untuk membuktikan pemberhentian itu tidak lewat daripada tiga puluh hari dari tarikh pemberhentian itu.
(2)
Apabila Borang SIP 3 diberikan di bawah subperaturan (1), majikan itu hendaklah membayar apa-apa caruman, tunggakan caruman atau bunga atas tunggakan caruman, jika ada, kepada Pertubuhan.