Malaysia legislation

Section 8

of PERATURAN-PERATURAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN (PENDAFTARAN DAN CARUMAN) 2017

Seksyen 8

Daftar pekerja

(1)

Seseorang majikan hendaklah menyenggarakan suatu daftar berkenaan dengan tiap-tiap pekerja dalam industrinya yang hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:

(a)

nama pekerja;

(b)

nombor kad pengenalan pekerja;

(c)

pekerjaan pekerja;

(d)

jumlah caruman bulanan di bawah Akta;

(e)

bahagian caruman bulanan pekerja;

P.U. (A) 452 7

(f)

gaji bulanan pekerja; dan

(g)

elaun bulanan pekerja.

(2)

Majikan hendaklah menyimpan dan menyenggarakan daftar yang disebut dalam subperaturan (1) termasuk semua rekod bayaran caruman yang telah dibuat kepada Pertubuhan bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh catatan yang terakhir di dalam daftar itu.

Bayaran caruman

Section 8 — PERATURAN-PERATURAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN (PENDAFTARAN DAN CARUMAN) 2017