Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
Terjemahan dokumen
(1)
Jika syarikat ffidavit dikehendaki di bawah Akta untuk menyerah simpan dengan Pendaftar apa-apa dokumen atau salinan terperaku dokumen itu tetapi dokumen itu atau salinan terperaku dokumen itu tidak ditulis sama ada dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, syarikat ffidavit itu hendaklah menyerah simpan dokumen atau salinan terperaku dokumen itu dengan Pendaftar bersama dengan terjemahan bagi dokumen itu atau terjemahan bagi salinan terperaku dokumen itu dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris.
(2)
Syarikat ffidavit hendaklah menyimpan terjemahan bagi dokumen itu atau terjemahan bagi salinan terperaku dokumen itu dengan dokumen atau salinan terperaku dokumen itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, selagi dokumen itu atau salinan terperaku dokumen itu dikehendaki untuk disimpan di bawah Akta.
Afidavit dan akuan berkanun