Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN SKIM KEPENTINGAN 2017

Seksyen 6

Akses kepada sistem pemfailan elektronik

(1)

Tertakluk kepada subperaturan (3), bagi maksud penyerahsimpanan apa-apa dokumen, atau membuat permohonan atau rayuan bagi apa-apa perkara yang disebut dalam peraturan 3 atau 4, mengikut mana-mana yang berkenaan, melalui sistem pemfailan elektronik, Pendaftar boleh memberi seorang atau lebih setiausaha syarikat pengurusan akses kepada sistem pemfailan elektronik.

(2)

Setiausaha syarikat pengurusan yang diberi akses kepada sistem pemfailan elektronik di bawah subperaturan (1) hendaklah menyerah simpan dokumen itu, atau membuat permohonan atau rayuan itu, bagi pihak syarikat pengurusan atau pengarah syarikat pengurusan itu.

(3)

Pendaftar boleh memberi mana-mana orang lain akses kepada sistem pemfailan elektronik bagi maksud penyerahsimpanan dokumen jika orang itu dibenarkan untuk menyerah simpan dokumen itu di bawah Akta.

5

Penyempurnaan dan penyimpanan dokumen

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN SKIM KEPENTINGAN 2017