Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Mana-mana majikan atau penyedia penginapan berpusat hendaklah menyediakan penginapan atau penginapan berpusat, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan kemudahan asas yang tidak boleh dikongsi antara pekerja yang berikut—
(a)
katil bujang dengan ukuran tidak kurang daripada 1.7 meter persegi, dan sekiranya katil dua tingkat disediakan, ruang antara dua katil hendaklah tidak kurang daripada 0.7 meter;
(b)
tilam dengan ketebalan minimum yang tidak kurang daripada 4 inci, bantal dan selimut; dan
(c)
almari yang berkunci yang tidak kurang daripada 0.35 meter panjang, 0.35 meter lebar dan 0.9 meter tinggi, untuk penyimpanan selamat barangan berharga pekerja termasuk paspot yang boleh diakses oleh pekerja pada bila-bila masa.
(2)
Mana-mana majikan atau penyedia penginapan berpusat hendaklah menyediakan sama ada katil bujang atau katil dua tingkat, dalam sesuatu penginapan atau penginapan berpusat, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Mana-mana majikan yang melanggar subperaturan (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan.
(4)
Mana-mana penyedia penginapan berpusat yang melanggar subperaturan (1)
atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi
P.U. (A) 250 4
satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Saiz keluasan lantai bagi bilik tidur dan ruang tidur