Skip to content

Seksyen 3

Tatacara mengkompaun

of Peraturan-Peraturan Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Pengkompaunan Kesalahan) 2021

P.U. (A)In forceProvision 3 of 6
Seksyen 3

(1)

Apabila menerima apa-apa maklumat atau aduan bahawa suatu kesalahan yang boleh dikompaun telah dilakukan, Ketua Pengarah boleh mengeluarkan tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu dalam Borang 2 Jadual Kedua.

(2)

Suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan adalah sah bagi tempoh empat belas hari bermula dari tarikh tawaran itu diterima oleh orang yang tawaran itu dibuat atau apa-apa tempoh lanjutan yang boleh diberikan oleh

Ketua Pengarah dan jika pembayaran penuh bagi jumlah yang ditawarkan itu dibuat pada atau sebelum habis tempoh empat belas hari atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan itu, tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang yang telah melakukan kesalahan itu.

P.U. (A) 82 3