Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Pembayaran kompaun
(1)
Jika suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan disetuju terima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia hendaklah membayar kompaun itu—
(a)
secara wang pos, perintah juruwang, arahan bank atau draf bank dipalang dengan perkataan “Akaun Penerima Sahaja” yang kena dibayar kepada Ketua Pengarah; atau
(b)
melalui pemindahan wang secara elektronik ke akaun yang ditentukan.
(2)
Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu resit rasmi untuk tiap-tiap pembayaran yang diterima di bawah subperaturan (1) kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat.
Pendakwaan boleh dimulakan jika tiada pembayaran dibuat