Skip to content

Seksyen 10

Jawatankuasa Akaun Deposit Koperasi

of Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Akaun Deposit Koperasi) 2014

P.U. (A)In forceProvision 10 of 12
Seksyen 10

(1)

Suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai “Jawatankuasa Akaun Deposit

Koperasi” ditubuhkan bagi membantu Suruhanjaya dalam pentadbiran dan pengurusan

Akaun Deposit.

(2)

Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada orang yang berikut:

(a)

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya sebagai Pengerusi;

(b)

Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya sebagai Timbalan

Pengerusi;

(c)

lima orang pegawai Suruhanjaya sebagaimana yang dilantik oleh

Pengerusi; dan

(d)

seorang wakil daripada Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan koperasi.