Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (CAJ PERKHIDMATAN PENGAWALSELIAAN) 2018

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“perkhidmatan udara luar bandar” ertinya perkhidmatan udara tidak ekonomi yang dijalankan di dalam suatu wilayah di dalam Malaysia yang terpencil atau kurang penduduk atau mempunyai isu perhubungan yang signifikan oleh sebab kepinggiran geografinya atau kekurangan pilihan pengangkutan darat yang mencukupi;

“syarikat penerbangan” ertinya—

(a)

pemegang lesen perkhidmatan udara atau permit perkhidmatan udara yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya;

(b)

pemegang lesen atau permit yang dikeluarkan di bawah

Akta Penerbangan Awam 1969 [Akta 3] atau Peraturan-Peraturan

Penerbangan Awam 2016 [P.U. (A) 97/2016]; atau

P.U. (A) 81 3

(c)

seseorang yang dibenarkan untuk mengendalikan suatu perjalanan berjadual atau perjalanan tidak berjadual ke atau dari suatu tempat di Malaysia di bawah terma mana-mana perjanjian atau perkiraan yang dibuat oleh Kerajaan;

“syarikat penerbangan yang berkontrak” ertinya suatu syarikat penerbangan dan mana-mana ejennya, yang menyempurnakan kontrak pengangkutan dengan seseorang penumpang;

“tiket” ertinya suatu dokumen atau apa-apa benda yang bersamaan dalam bentuk tanpa kertas, termasuk bentuk elektronik, yang dikeluarkan atau dibenarkan oleh suatu syarikat penerbangan yang berkontrak yang memberikan hak pengangkutan kepada pemegang tiket.

Caj perkhidmatan pengawalseliaan

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (CAJ PERKHIDMATAN PENGAWALSELIAAN) 2018