Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (CAJ PERKHIDMATAN PENGAWALSELIAAN) 2018
Seksyen 4
Orang yang berikut dikecualikan daripada membayar caj perkhidmatan pengawalseliaan di bawah Peraturan-Peraturan ini:
(a)
penumpang dalam transit terus, iaitu, seseorang penumpang yang meneruskan perjalanan dalam penerbangan yang sama atau yang tidak dibenarkan untuk meninggalkan kawasan lapangan terbang yang dibenarkan untuk penggunaan penumpang dalam transit, atau yang dengan tidak sengaja ditangguhkan untuk dipindahkan kepada perkhidmatan tersedia yang berikutnya ke tempat mendarat yang berikut, disebabkan oleh cuaca atau pesawat udara yang tidak dapat digunakan;
(b)
kru sesuatu pesawat udara;
(c)
bayi di bawah umur dua tahun;
(d)
Ketua Negara, Menteri dan orang kenamaan lain yang melawat
Malaysia dalam tugas rasmi mereka sebagai tetamu Kerajaan; dan
(e)
penumpang yang berlepas dengan syarikat penerbangan yang menyediakan perkhidmatan udara luar bandar menurut suatu perjanjian dengan Kerajaan.
P.U. (A) 81 5
Pembayaran balik