Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (CAJ PERKHIDMATAN PENGAWALSELIAAN) 2018
Seksyen 5
(1)
Sesuatu syarikat penerbangan yang berkontrak hendaklah membayar balik caj perkhidmatan pengawalseliaan yang dikutip menurut subperaturan 3(2)
kepada seseorang penumpang apabila dituntut oleh penumpang itu, jika penumpang itu tidak berlepas dari mana-mana aerodrom di dalam Malaysia.
(2)
Bagi maksud membuat tuntutan bagi pembayaran balik daripada syarikat penerbangan yang berkontrak bagi caj perkhidmatan pengawalseliaan di bawah subperaturan (1), penumpang itu hendaklah mengemukakan tiket yang berkenaan dengan tuntutan itu yang telah dibeli daripada syarikat penerbangan yang berkontrak itu.
(3)
Apa-apa caj perkhidmatan pengawalseliaan yang kekal tak dituntut oleh penumpang daripada syarikat penerbangan yang berkontrak bagi suatu tempoh tidak kurang daripada satu tahun selepas caj perkhidmatan kawal selia itu menjadi kena dibayar hendaklah dikira sebagai wang tak dituntut di bawah
Akta Wang Tak Dituntut 1965 [Akta 370].
P.U. (A) 81 6