Skip to content

Seksyen 4

Pemberian lesen dan pemberitahuan keengganan untuk memberikan lesen

of Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pelesenan Setiausaha) 2017

P.U. (A)In forceProvision 4 of 10
Seksyen 4

(1)

Selepas mempertimbangkan permohonan yang dibuat di bawah peraturan 3, jika Suruhanjaya berpendapat bahawa pemohon itu ialah seorang yang layak dan sesuai untuk memegang suatu lesen di bawah subseksyen 20G(4) Akta,

Suruhanjaya boleh—

(a)

memasukkan butir-butir pemohon itu dalam daftar; dan

(b)

memberikan suatu lesen yang mengandungi suatu nombor lesen kepada pemohon itu.

(2)

Jika Suruhanjaya berpendapat bahawa pemohon itu ialah bukan seorang yang layak dan sesuai untuk memegang suatu lesen di bawah subseksyen 20G(4) Akta,

Suruhanjaya hendaklah memberitahu pemohon itu secara bertulis tentang keengganannya untuk memberikan lesen.