Malaysia legislation
Section 6
of PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (PELESENAN SETIAUSAHA) 2017
Seksyen 6
(1)
Orang yang dilesenkan hendaklah memohon bagi pembaharuan lesen tidak lewat daripada tiga puluh hari, atau apa-apa tempoh lain yang dinyatakan oleh
Suruhanjaya, sebelum habis tempoh lesen itu sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 20G(1)(b) Akta melalui sistem pemfailan elektronik melainkan jika diarahkan selainnya oleh Suruhanjaya.
(2)
Suatu permohonan untuk membaharui lesen di bawah subperaturan (1)
hendaklah mengandungi butir-butir yang dinyatakan dalam subperaturan 3(2).
P.U. (A) 51 6
(3)
Selepas mempertimbangkan permohonan yang dibuat di bawah subperaturan (1), jika Suruhanjaya berpendapat bahawa orang yang dilesenkan itu ialah seorang yang layak dan sesuai untuk memegang suatu lesen di bawah subseksyen 20G(4) Akta, Suruhanjaya boleh membaharui lesen itu.
(4)
Jika Suruhanjaya berpendapat bahawa orang yang dilesenkan bukan seorang yang layak dan sesuai untuk memegang suatu lesen di bawah subseksyen 20G(4) Akta, Suruhanjaya hendaklah memberitahu orang yang dilesenkan itu secara bertulis tentang keengganannya untuk membaharui lesen itu.
(5)
Permohonan bagi pembaharuan lesen yang dibuat di bawah subperaturan (1) hendaklah disertakan dengan fi sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
Pembatalan lesen