Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (PELESENAN SETIAUSAHA) 2017

Seksyen 7

(1)

Sebelum Suruhanjaya membatalkan lesen di bawah seksyen 20I Akta,

Suruhanjaya hendaklah memberi orang yang dilesenkan itu—

(a)

suatu notis bertulis tentang niat untuk membatalkan lesen itu; dan

(b)

suatu peluang untuk membuat representasi bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan notis bertulis itu.

(2)

Apabila notis bertulis daripada Suruhanjaya diterima di bawah perenggan (1)(a), orang yang dilesenkan itu boleh mengemukakan representasi bertulisnya kepada Suruhanjaya.

(3)

Suruhanjaya hendaklah—

(a)

selepas mempertimbangkan representasi bertulis yang dibuat oleh orang yang dilesenkan itu di bawah subperaturan (2); atau

P.U. (A) 51 7

(b)

jika tiada representasi bertulis dibuat oleh orang yang dilesenkan itu di bawah subperaturan (2), memutuskan sama ada untuk membaharui lesen itu atau sebaliknya.

(4)

Suruhanjaya hendaklah memberitahu orang yang dilesenkan itu tentang keputusannya untuk membatalkan lesen itu.

Rayuan melalui sistem pemfailan elektronik

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (PELESENAN SETIAUSAHA) 2017