Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN SYARIKAT 2017

Seksyen 10

Afidavit dan akuan berkanun

(1)

Jika suatu syarikat membuat suatu afidavit atau akuan berkanun, afidavit atau akuan berkanun itu hendaklah diangkat sumpah atau dibuat akuan oleh mana-mana pengarah syarikat itu atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh syarikat itu.

(2)

Jika suatu afidavit atau akuan berkanun berupa sebagai diangkat sumpah atau dibuat akuan di suatu tempat di luar Malaysia, afidavit atau akuan berkanun itu hendaklah mencukupi bagi maksud Akta jika afidavit atau akuan berkanun itu berupa sebagai diangkat sumpah atau dibuat akuan mengikut undang-undang tempat itu.

Maklumat atau dokumen yang diperakui oleh Pendaftar