Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN SYARIKAT 2017

Seksyen 4

Rayuan melalui sistem pemfailan elektronik

(1)

Bagi maksud suatu rayuan kepada Menteri di bawah seksyen 27 atau 247

Akta, orang yang terkilan hendaklah—

(a)

mengemukakan rayuan itu kepada Pendaftar melalui sistem pemfailan elektronik melainkan jika diarahkan selainnya oleh Pendaftar; dan 4

(b)

menyatakan alasan rayuan.

(2)

Apabila diterima rayuan di bawah subperaturan (1), Pendaftar hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan, mengemukakan rayuan itu bersama dengan alasan rayuan kepada Menteri.

(3)

Menteri hendaklah membuat keputusan ke atas rayuan itu dan menyebabkan keputusan itu dimaklumkan kepada orang yang terkilan itu.

Penyerahsimpanan dokumen, dsb., melalui cara lain