Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Akses kepada sistem pemfailan elektronik
(1)
Tertakluk kepada subperaturan (3), bagi maksud penyerahsimpanan apa-apa dokumen, atau membuat permohonan atau rayuan yang disebut dalam peraturan 3 atau 4, mengikut mana-mana yang berkenaan, melalui sistem pemfailan elektronik, Pendaftar boleh memberi seorang atau lebih setiausaha syarikat akses kepada sistem pemfailan elektronik.
(2)
Setiausaha syarikat yang diberi akses kepada sistem pemfailan elektronik di bawah subperaturan (1) hendaklah menyerah simpan dokumen itu, atau membuat permohonan atau rayuan itu, bagi pihak syarikat atau pengarah syarikat itu.
(3)
Pendaftar boleh memberi mana-mana orang lain akses kepada sistem pemfailan elektronik bagi maksud penyerahsimpanan dokumen, atau membuat permohonan atau rayuan yang disebut dalam peraturan 3 atau 4, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika orang itu dibenarkan untuk menyerah simpan dokumen itu, atau membuat permohonan atau rayuan itu di bawah Akta.
5
Penyempurnaan dan penyimpanan dokumen