Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(1)
Fi berkenaan dengan apa-apa penyerahsimpanan dokumen, atau apa-apa permohonan atau rayuan bagi apa-apa perkara, yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (3) Jadual.
(2)
Fi sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual hendaklah dibayar kepada
Pendaftar mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Pendaftar.
(3)
Apa-apa kegagalan untuk membayar fi yang disebut dalam subperaturan (2)
akan menyebabkan penyerahsimpanan dokumen, permohonan atau rayuan itu terbatal.
(4)
Jika penyerahsimpanan dokumen, permohonan atau rayuan ditarik balik, fi yang telah dibayar berkenaan dengan penyerahsimpanan dokumen, permohonan atau rayuan itu tidak boleh dibayar balik.
(5)
Pendaftar boleh mengurangkan atau mengetepikan, sebahagian atau keseluruhan, apa-apa fi yang dinyatakan dalam Jadual.
Maklumat atau dokumen tambahan