Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN SYARIKAT (AKSES KEPADA DAFTAR DAN MAKLUMAT YANG BERHUBUNGAN DENGAN PEMUNYAAN BENEFISIAL) 2025

Seksyen 4

(1)

Maklumat pemunyaan benefisial yang diserah simpan dengan Pendaftar hendaklah diakses dalam bentuk pembekalan maklumat yang akan ditentukan oleh Pendaftar oleh mana-mana orang atau golongan orang seperti yang berikut:

(a)

pemunya benefisial, hanya yang berhubungan dengan maklumat dirinya;

P.U. (A) 7 4

(b)

orang yang diberi kebenaran secara bertulis oleh pemunya benefisial, hanya yang berhubungan dengan maklumat dirinya;

(c)

mana-mana institusi pelapor yang menjalankan apa-apa aktiviti yang disenaraikan dalam Jadual Pertama kepada Akta Pencegahan

Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan

Hasil daripada Aktiviti Haram 2001;

(d)

Bank Negara Malaysia sebagai pihak berkuasa berwibawa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan

Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001;

(e)

mana-mana agensi penguat kuasa di Malaysia; dan

(f)

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa tempatan yang berkaitan, yang melaksanakan fungsi perolehan

Kerajaan.

(2)

Mana-mana orang atau golongan orang yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah membuat permohonan untuk mendapatkan maklumat pemunyaan benefisial yang berhubungan dengan suatu syarikat atau perbadanan kepada Pendaftar bersama dengan fi yang dinyatakan di bawah peraturan 6 dan disertakan dengan—

(a)

suatu surat bertulis yang membuktikan mana-mana orang atau golongan orang mempunyai akses kepada maklumat pemunyaan benefisial; dan

(b)

apa-apa maklumat atau dokumen lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar.

(3)

Bagi maksud subperaturan (2), Pendaftar, sebelum memberikan maklumat pemunyaan benefisial, boleh—

P.U. (A) 7 5

(a)

menghendaki orang atau golongan orang itu untuk mengemukakan apa-apa bukti atau maklumat sehingga Pendaftar berpuas hati;

(b)

mengenakan apa-apa syarat lain yang difikirkan patut oleh

Pendaftar; atau

(c)

menolak permohonan tersebut.

Kewajipan melaporkan perbezaan maklumat pemunyaan benefisial

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN SYARIKAT (AKSES KEPADA DAFTAR DAN MAKLUMAT YANG BERHUBUNGAN DENGAN PEMUNYAAN BENEFISIAL) 2025