Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Jika maklumat pemunyaan benefisial dibekalkan kepada mana-mana orang atau golongan orang di bawah subperaturan 4(1), orang atau golongan orang itu hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh maklumat pemunyaan benefisial dibekalkan kepada mereka, melaporkan kepada Pendaftar sekiranya terdapat perbezaan antara maklumat pemunyaan benefisial yang dibekalkan oleh Pendaftar dengan yang diperoleh atau dalam pengetahuan orang atau golongan orang itu.
(2)
Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk mengarahkan syarikat itu untuk—
(a)
menyemak, meminda, membetulkan atau mengubah dokumen atau maklumat pemunyaan benefisial tersebut; atau
(b)
mengambil apa-apa tindakan lain yang difikirkan patut oleh
Pendaftar.
(3)
Mana-mana orang atau golongan orang yang gagal mematuhi subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan.
Fi