Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN SYARIKAT (LESEN BAGI PEMEGANGAN TANAH) 2025

Seksyen 6

(1)

Jika syarikat yang telah diberikan lesen di bawah peraturan 4

tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan di bawah peraturan 5, Menteri boleh, atas syor Pendaftar, membatalkan lesen yang telah diberikan.

(2)

Syarikat yang telah dibatalkan lesennya di bawah subperaturan (1) hendaklah melupuskan tanah yang dipegang itu dalam tempoh dua tahun dari tarikh pembatalan lesen itu.

(3)

Sekiranya syarikat itu tidak melupuskan tanah mengikut tempoh yang dinyatakan dalam subperaturan (2), syarikat itu hendaklah membuat permohonan kepada Pendaftar untuk melanjutkan tempoh untuk melupuskan tanah itu sebelum habis tempoh dua tahun yang dinyatakan dan hendaklah mengemukakan alasan yang sewajarnya.

(4)

Jika Pendaftar berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh syarikat di bawah subperaturan (3), Pendaftar boleh melanjutkan tempoh dua tahun yang disebut dalam subperaturan (2) kepada mana-mana tempoh yang difikirkan sesuai.

Kesalahan

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN SYARIKAT (LESEN BAGI PEMEGANGAN TANAH) 2025