Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN SYARIKAT (LESEN BAGI PENINGGALAN “BERHAD” ATAU “BHD.”) 2025

Seksyen 2

(1)

Sesuatu syarikat berhad menurut jaminan boleh memohon kepada

Menteri, melalui Pendaftar, bagi suatu lesen untuk meninggalkan perkataan

“Berhad” atau “Bhd.” dalam namanya menurut subseksyen 45(3) Akta dalam bentuk yang ditentukan oleh Menteri.

(2)

Suatu permohonan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah disertakan dengan pembayaran fi sebanyak tiga ratus ringgit dan dokumen yang berikut:

(a)

satu salinan ketetapan khas mengenai peninggalan perkataan

“Berhad” atau “Bhd.” dalam nama syarikat yang diluluskan dalam mesyuarat agung syarikat itu;

(b)

satu salinan penyata bank terkini syarikat itu atau apa-apa dokumen lain yang membuktikan bahawa syarikat berhad menurut jaminan itu memiliki wang tunai atau kesetaraan tunai sekurang-kurangnya satu juta ringgit pada masa permohonan; dan

(c)

apa-apa dokumen lain yang dikehendaki oleh Pendaftar untuk menilai kelayakan syarikat itu.

P.U. (A) 213 3

Kelayakan bagi lesen

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN SYARIKAT (LESEN BAGI PENINGGALAN “BERHAD” ATAU “BHD.”) 2025