Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN SYARIKAT (LESEN BAGI PENINGGALAN “BERHAD” ATAU “BHD.”) 2025

Seksyen 5

Syarat am

(1)

Sebagai tambahan kepada apa-apa syarat lain yang boleh dikenakan oleh Menteri, syarikat berhad menurut jaminan yang memegang lesen di bawah peraturan 4 hendaklah mematuhi semua syarat yang berikut:

(a)

syarikat itu hendaklah memastikan bahawa sumber kewangan syarikat digunakan mengikut perlembagaan syarikat pada setiap masa;

(b)

melainkan jika diluluskan oleh Pendaftar—

(i)

syarikat itu tidak boleh meminda perlembagaannya;

(ii)

syarikat itu tidak boleh melantik mana-mana pengarah baharu selepas pengeluaran lesen itu;

(iii)

tertakluk kepada perenggan (c), syarikat itu tidak boleh membenarkan pembayaran apa-apa fi, gaji atau elaun tetap kepada pengarahnya;

(iv)

syarikat itu tidak boleh meminta apa-apa sumbangan atau derma daripada orang awam; dan

P.U. (A) 213 4

(v)

syarikat itu tidak boleh menubuhkan atau memegang apa-apa subsidiari; dan

(c)

jika syarikat itu berniat untuk membayar apa-apa fi, gaji atau elaun tetap berdasarkan prestasi tahun kewangan kepada pengarahnya, jumlah amaun yang kena dibayar tidak boleh melebihi tiga puluh peratus daripada aset semasa syarikat berhad menurut jaminan itu sebelum pembayaran dibuat dengan syarat—

(i)

syarikat itu hendaklah telah diperbadankan tidak kurang daripada dua tahun; dan

(ii)

syarikat itu hendaklah berupaya untuk membayar hutangnya apabila hutang itu menjadi genap dan kena dibayar dalam tempoh dua belas bulan sebaik selepas pembayaran itu.

(2)

Syarikat berhad menurut jaminan dan tiap-tiap pegawai yang tidak mematuhi mana-mana syarat di bawah subperaturan (1) melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.

Pembatalan lesen

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN SYARIKAT (LESEN BAGI PENINGGALAN “BERHAD” ATAU “BHD.”) 2025