Malaysia legislation
Section 7
of PERATURAN-PERATURAN SYARIKAT (LESEN BAGI PENINGGALAN “BERHAD” ATAU “BHD.”) 2025
Seksyen 7
(1)
Tertakluk kepada subperaturan (2) dan (3), mana-mana lesen yang dikeluarkan oleh Menteri sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini hendaklah terus sah dan diuruskan di bawah Peraturan-Peraturan ini seolah-olah lesen itu telah dikeluarkan mengikut Peraturan-Peraturan ini.
(2)
Peraturan 5
hendaklah terpakai bagi lesen yang dikeluarkan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini tiga puluh hari selepas syarikat berhad menurut jaminan diberitahu mengenai permulaan kuat kuasa
Peraturan-Peraturan ini dan apa-apa syarat lesen yang tidak selaras dengan peraturan 5
hendaklah terhenti berkuat kuasa setakat ketidakselarasan itu.
(3)
Jika syarikat berhad menurut jaminan yang dikeluarkan dengan lesen di bawah seksyen 45 Akta tertakluk kepada syarat bahawa syarikat berhad menurut jaminan itu memperoleh sumbangan kewangan yang berjumlah satu juta ringgit gagal untuk memenuhi syarat itu dalam tempoh enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini—
(a)
Menteri boleh, atas syor Pendaftar, membatalkan lesen syarikat berhad menurut jaminan itu; dan
P.U. (A) 213 6
(b)
syarikat berhad menurut jaminan itu boleh memohon suatu lesen baharu mengikut Peraturan-Peraturan ini pada bila-bila masa selepas pembatalan.
(4)
Apa-apa permohonan lesen di bawah subseksyen 45(3) Akta yang belum selesai sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini hendaklah terus diuruskan seolah-olah Peraturan-Peraturan ini tidak dibuat.
Dibuat 10 Julai 2025
[KPDNKK.100-1/4/25; PN(PU2)740/JLD.4]
DATUK ARMIZAN BIN MOHD ALI
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
P.U. (A) 213 7
COMPANIES ACT 2016
COMPANIES (LICENCE FOR OMISSION OF “BERHAD” OR “BHD.”) REGULATIONS 2025