Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan Syarikat 2017 [P.U. (A) 37/ 2017] dipinda dalam Jadual—
(a)
dengan memasukkan selepas butiran 32 dan butir-butir yang berhubungan dengannya butiran dan butir-butir yang berikut:
(1)
Bil.
(2)
Perkara
(3)
Fi (RM)
“32A.
Penyerahsimpanan notis atas pertambahan modal syer syarikat asing di bawah subseksyen 567(3)
Akta
Perbezaan, jika ada, antara fi yang ditetapkan dibayar apabila didaftarkan dengan fi yang ditetapkan yang kena dibayar atas pertambahan modal syer di bawah ruang
(2)
butiran 32”;
(b)
berhubung dengan butiran 43, dalam ruang (2), dengan menggantikan perkataan “berhubungan dengan syarikat atau perbadanan” dengan perkataan
“diserah simpan di bawah Akta”;
3
(c)
berhubung dengan butiran 45, dalam ruang (2), dengan menggantikan perkataan
“yang berhubungan dengan syarikat”
dengan perkataan
“di bawah Akta”;
(d)
berhubung dengan butiran 47, dalam ruang (2), dengan memasukkan selepas perkataan “syarikat" perkataan “, pemegang saham, pengarah, setiausaha, juruaudit atau penyelesai mana-mana syarikat”; dan
(e)
berhubung dengan butiran 48, dalam ruang (2), dengan memasukkan selepas perkataan “dokumen" perkataan “atau permohonan”.
Dibuat 13 Ogos 2021
[KPDNKK.100-1/4/25; PN(PU2)740/III]
DATO SRI ALEXANDER NANTA LINGGI
Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
4
COMPANIES ACT 2016
COMPANIES (AMENDMENT) REGULATIONS 2021