Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN TABUNG HAJI (DEPOSIT DAN PENGELUARAN) (PINDAAN) 2017

Seksyen 4

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 7

peraturan yang berikut:

“Hibah amanah 7A.

(1)

Seseorang pendeposit yang berumur lapan belas tahun atau lebih boleh membuat hibah amanah bagi amaun atau apa-apa bahagian amaun yang ada pada kredit pendeposit untuk diberikan kepada mana-mana orang sebagai penerima hibah amanah itu.

(2)

Tiap-tiap hibah amanah sedemikian hendaklah dibuat dalam borang yang ditentukan oleh Lembaga dan tidak mempunyai apa-apa kuat kuasa melainkan jika dibuat semasa hayat pendeposit itu.

(3)

Amaun atau sebahagian amaun yang ada pada kredit pendeposit yang diberikan kepada penerima hibah amanah di bawah subperaturan (1)

hendaklah dibayar mengikut peraturan 8.

(4)

Tertakluk kepada subperaturan (5) dan terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, penerima hibah amanah hendaklah memberikan kuasa kepada pendeposit—

(a)

untuk menggunakan, bagi kepentingan pendeposit, amaun atau sebahagian amaun yang ada pada kredit pendeposit yang diberikan kepada penerima hibah amanah; dan

(b)

untuk menjalankan semua transaksi dan menerima semua faedah yang berhubungan dengan amaun atau sebahagian amaun yang ada pada kredit pendeposit yang diberikan kepada penerima hibah amanah, semasa hayat pendeposit dan penerima hibah amanah itu.

P.U. (A) 97 4

(5)

Pendeposit hendaklah pada setiap masa semasa hayatnya mengekalkan deposit minimum sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga melainkan jika hibah amanah itu dibatalkan di bawah peraturan 7B.

(6)

Pendeposit hendaklah memberitahu Lembaga tentang apa-apa penambahan penerima hibah amanah atau apa-apa perubahan amaun yang ada pada kredit pendeposit yang diberikan bagi hibah amanah, atau tentang kematian penerima hibah amanah itu.

(7)

Jika hibah amanah dibuat bagi sebahagian amaun yang ada pada kredit pendeposit, pendeposit boleh menamakan mana-mana orang mengikut peraturan 7 yang kepadanya baki amaun yang ada pada kredit pendeposit boleh dibayar selepas kematian pendeposit mengikut peraturan 8.

Pembatalan hibah amanah 7B.

Sesuatu hibah amanah yang dibuat di bawah peraturan 7A terbatal dalam keadaan-keadaan yang berikut:

(a)

dalam hal sesuatu hibah amanah yang dibuat oleh pendeposit yang merupakan seseorang ibu atau bapa atau datuk atau nenek untuk diberikan kepada anak kandungnya atau cucu kandungnya sebagai penerima hibah amanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan notis bertulis sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga yang diberikan oleh pendeposit dan diterima oleh Lembaga semasa hayat pendeposit dan penerima hibah amanah; atau

(b)

dalam mana-mana hal lain, dengan persetujuan bersama pendeposit dan penerima hibah amanah mengikut cara yang ditentukan oleh Lembaga.”.

P.U. (A) 97 5

Pindaan peraturan 8

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN TABUNG HAJI (DEPOSIT DAN PENGELUARAN) (PINDAAN) 2017