Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN TABUNG HAJI (DEPOSIT DAN PENGELUARAN) (PINDAAN) 2017

Seksyen 5

Peraturan 8 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dalam subperaturan (1)—

(i)

dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan “atau”

dihujung perenggan itu;

(ii)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan noktah dengan perkataan “; atau”; dan

(iii)

dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:

“(c)

jika pendeposit telah membuat hibah amanah di bawah peraturan 7A dan hibah amanah itu tidak dibatalkan di bawah peraturan 7B, kepada penerima hibah amanah itu atau penerima-penerima hibah amanah itu, mengikut cara yang ditentukan oleh

Lembaga.”;

(b)

dengan memasukkan selepas subperaturan (1) subperaturan yang berikut:

“(1A) Apabila seseorang penerima hibah amanah meninggal dunia, amaun atau sebahagian amaun yang ada pada kredit pendeposit itu yang diberikan kepada penerima hibah amanah itu hendaklah dibayar kepada mana-mana orang yang berhak mewarisi amaun atau sebahagian amaun itu bawah Hukum Syarak bilamana suatu tuntutan dibuat kepada Lembaga oleh orang itu mengikut cara yang ditentukan oleh Lembaga.”;

P.U. (A) 97 6

(c)

dalam subperaturan

(2)

, dengan menggantikan perkataan

“subperaturan (1)” dengan perkataan “subperaturan (1) dan (1A)”;

(d)

dalam subperaturan (3), dengan memasukkan selepas perkataan

“penerima namaan itu” perkataan “dan dalam hal hibah amanah, oleh penerima hibah amanah itu”;

(e)

dengan memasukkan selepas subperaturan (3) subperaturan yang berikut:

“(3A)

Sebelum membuat apa-apa pembayaran di bawah subperaturan (1A), Lembaga boleh, bagi maksud memuaskan hatinya bahawa seseorang penerima hibah amanah telah meninggal dunia, menghendaki supaya dikemukakan kepadanya sijil kematian atau salinannya yang diperakui sah atau cabutan sijil kematian penerima hibah amanah itu atau apa-apa dokumen lain yang dinyatakan oleh Lembaga oleh orang yang membuat tuntutan itu.”; dan

(f)

dalam subperaturan (4), dengan memasukkan selepas perkataan

“pendeposit” di mana-mana jua terdapat perkataan “atau penerima hibah amanah”.

P.U. (A) 97 7

Dibuat 27 Mac 2017

[UU429/500-27/036-14/CA; PN (PU2)33A/IV]

DATUK SERI PANGLIMA HAJI ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM

Pengerusi Lembaga Tabung Haji

Diluluskan,

MEJAR JENERAL (B) DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

P.U. (A) 97 8

TABUNG HAJI ACT 1995

TABUNG HAJI (DEPOSITS AND WITHDRAWALS) (AMENDMENT) REGULATIONS 2017

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN TABUNG HAJI (DEPOSIT DAN PENGELUARAN) (PINDAAN) 2017