Malaysia legislation

Section 1

of PERATURAN-PERATURAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2011

Seksyen 1

(1)

Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan

Taman Asuhan Kanak-Kanak (Pengkompaunan Kesalahan) 2011.

(2)

Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 15 Ogos 2011.

Kesalahan boleh kompaun 2.

Semua kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini ditetapkan sebagai kesalahan boleh kompaun.

Tawaran dan penyetujuterimaan kompaun 3.

(1)

Suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan hendaklah dibuat oleh Ketua Pengarah dalam Borang 1 Jadual.

(2)

Seseorang yang menyetuju terima tawaran untuk mengkompaun kesalahan hendaklah mengemukakan bayaran bagi kompaun itu dengan menggunakan

Borang 2 Jadual.

Penyampaian Notis Tawaran untuk Mengkompaun Kesalahan 4.

(1)

Bagi maksud subperaturan 3(1),

Ketua

Pengarah hendaklah menyampaikan Notis Tawaran untuk Mengkompaun Kesalahan sebagaimana yang dinyatakan dalam Borang 1 Jadual kepada orang yang disyaki secara munasabah telah melakukan kesalahan itu melalui cara yang berikut:

P.U. (A) 250 4

(a)

serahan sendiri;

(b)

Resit Akuterima (A.R.) Pos Berdaftar kepada alamat terakhir yang diketahui; atau

(c)

dengan menampal Notis itu di taman asuhan kanak-kanak yang mudah untuk dilihat.

(2)

Jika Ketua Pengarah berpendapat bahawa adalah tidak praktikal untuk melaksanakan penyampaian Notis itu melalui cara yang dinyatakan di bawah subperaturan (1), Ketua Pengarah boleh menyampaikan Notis itu melalui apa-apa cara yang difikirkan patut.

(3)

Penyampaian Notis di bawah perenggan 1(b) dan (c) dan subperaturan (2) ini hendaklah disifatkan sebagai serahan ke atas orang itu.

Pembayaran kompaun 5.

(1)

Jika suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan boleh kompaun dibuat dan diterima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, apa-apa pembayaran kompaun hendaklah dibuat secara tunai atau melalui kiriman wang, wang pos, perintah juruwang, arahan bank, cek jurubank atau draf bank dibayar kepada

Ketua Pengarah dan dipalang dengan perkataan “Akaun Penerima Sahaja”.

(2)

Pembayaran kompaun hendaklah diserahkan sendiri atau dihantar melalui pos berbayar dahulu ke alamat yang dinyatakan dalam Borang 1 Jadual.

(3)

Suatu resit rasmi hendaklah dikeluarkan bagi tiap-tiap bayaran yang diterima di bawah subperaturan (1) kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.

P.U. (A) 250 5

Section 1 — PERATURAN-PERATURAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2011