Malaysia legislation

Section 57

of PERATURAN-PERATURAN TATATERTIB TABUNG HAJI (PINDAAN) 2014

Seksyen 57

(1)

Jika seseorang pekerja mengingini bantuan guaman sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subperaturan (3) pekerja itu tidak boleh memulakan prosiding undang-undang bagi kepentingan peribadinya berkaitan dengan perkara yang berbangkit daripada tugas rasminya tanpa persetujuan terlebih dahulu daripada Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai

Eksekutif Lembaga.

(2)

Seseorang pekerja yang menerima notis mengenai permulaan prosiding undang-undang atau permulaan prosiding undang-undang yang dicadangkan terhadapnya berkaitan dengan perkara-perkara yang berbangkit daripada tugas rasminya atau yang menerima apa-apa proses mahkamah yang berhubungan dengan prosiding undang-undang tersebut hendaklah dengan segera melaporkan perkara itu kepada Ketua Jabatan bagi mendapat arahan tentang sama ada dan bagaimana notis atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, proses mahkamah itu hendaklah diakui terima, dijawab atau dibela.

(3)

Seseorang pekerja yang mengingini bantuan guaman untuk mengambil khidmat dan mengarah seseorang peguam bela dan peguam cara bagi maksud prosiding undang-undang berkaitan dengan perkara yang berbangkit daripada tugas rasminya boleh membuat suatu permohonan kepada Ketua

Pegawai Eksekutif Lembaga.

(4)

Permohonan di bawah subperaturan (3) hendaklah mengandungi segala fakta dan hal keadaan kes itu berserta dengan pendapat Ketua Jabatan yang telah dipertimbangkan tentang jenis penglibatan pekerja itu dan hendaklah

P.U. (A) 66 4

dialamatkan dan dikemukakan kepada Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua

Pegawai Eksekutif Lembaga.

(5)

Apabila diterima permohonan itu di bawah subperaturan (3),

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga boleh melulus atau menolak permohonan itu, tertakluk kepada nasihat Penasihat Undang-Undang Lembaga tentang—

(a)

amaun bantuan guaman yang hendak diluluskan;

(b)

peguam bela dan peguam cara yang hendak diambil dan diarahkan oleh pekerja itu; atau

(c)

apa-apa syarat lain yang Penasihat Undang-Undang

Lembaga fikirkan wajar, dan tentang syarat tersirat selanjutnya bahawa, sekiranya pekerja itu diawardkan kos oleh mahkamah apabila selesai prosiding undang-undang tersebut, tiada bayaran berkenaan dengan bantuan guaman yang diluluskan sedemikian akan dibuat oleh Lembaga melainkan jika amaun kos yang diawardkan sedemikian kepadanya itu tidak mencukupi untuk membayar caj-caj mengambil dan mengarah seorang peguam bela dan peguam cara.

(6)

Caj untuk mengambil khidmat seorang peguam bela dan peguam cara yang diambil dan diarah oleh atau bagi pihak seseorang pekerja dalam prosiding undang-undang berkaitan dengan perkara-perkara yang berbangkit daripada tugas rasminya selain dengan kelulusan Ketua Pegawai Eksekutif

Lembaga, tidak akan dibayar oleh Lembaga.”.

P.U. (A) 66 5

Dibuat 25 Februari 2014

DATUK HAJI ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM

Pengerusi Lembaga Tabung Haji

Diluluskan 25 Februari 2014

DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

P.U. (A) 66 6

TABUNG HAJI ACT 1995

TABUNG HAJI DISCIPLINARY (AMENDMENT) REGULATIONS 2014

Section 57 — PERATURAN-PERATURAN TATATERTIB TABUNG HAJI (PINDAAN) 2014