Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN TENAGA BOLEH BAHARU (CARA RAYUAN) 2019
Seksyen 2
Cara rayuan
(1)
Seseorang yang terkilan dengan keputusan Pihak Berkuasa yang menolak permohonan bagi kelulusan galakan di bawah seksyen 7 Akta, yang mengenakan apa-apa syarat tambahan atau yang mengubah atau membatalkan mana-mana syarat yang dikenakan atas kelulusan galakan di bawah seksyen 9 Akta atau yang membatalkan kelulusan galakan di bawah seksyen 10 Akta boleh, dalam masa tiga puluh hari dari pemberitahuan keputusan itu kepadanya, merayu kepada Menteri dengan menyampaikan suatu notis rayuan kepada Menteri.
(2)
Suatu notis rayuan di bawah subperaturan (1) hendaklah—
(a)
dibuat secara bertulis dalam bahasa kebangsaan dan boleh disertakan dengan terjemahan dalam bahasa Inggeris;
(b)
disertakan dengan sesalinan keputusan yang dirayu itu;
(c)
menyatakan alasan rayuan itu;
(d)
mengandungi alamat di mana apa-apa notis atau dokumen yang berhubungan dengan rayuan itu boleh disampaikan kepada perayu; dan
P.U. (A) 309 3
(e)
ditandatangani oleh perayu itu.
(3)
Perayu itu juga hendaklah menyampaikan suatu salinan notis rayuan itu kepada Pihak Berkuasa.
Alasan keputusan