Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN TENAGA BOLEH BAHARU (CARA RAYUAN) 2019
Seksyen 4
Keputusan Menteri atas rayuan
(1)
Menteri hendaklah, selepas menimbangkan alasan rayuan yang dinyatakan oleh perayu di bawah perenggan 2(2)(c) dan pernyataan alasan keputusan yang dikemukakan oleh Pihak Berkuasa di bawah peraturan 3, memutuskan rayuan itu.
(2)
Keputusan Menteri atas rayuan itu hendaklah disampaikan kepada perayu oleh Pihak Berkuasa melalui suatu notis bertulis dalam masa tujuh hari dari tarikh Pihak Berkuasa diberitahu tentang keputusan itu.
Dibuat 25 Oktober 2019
[MESTECC.700-1/2/5; PN(PU2)693/VI]
YEO BEE YIN
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
P.U. (A) 309 4
RENEWABLE ENERGY ACT 2011
RENEWABLE ENERGY (MANNER OF APPEAL) REGULATIONS 2019