Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN TIMBANG DAN SUKAT (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN-KESALAHAN) (PINDAAN) 2024

Seksyen 2

Peraturan-Peraturan

Timbang dan

Sukat

(Pengkompaunan

Kesalahan-Kesalahan)

1990

[P.U.

(A)

208/1990], yang disebut

“Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 3

dengan menggantikan subperaturan (1) dengan subperaturan yang berikut:

“(1)

Apabila suatu tawaran untuk mengkompaun apa-apa kesalahan dibuat di bawah seksyen 34A Akta Timbang dan Sukat 1972 oleh Ketua Inspektor

Timbang dan Sukat, dan tawaran ini diterima, pembayaran hendaklah dibuat kepada Ketua Inspektor Timbang dan Sukat atau mana-mana

Timbalan Ketua Inspektor Timbang dan Sukat secara tunai, kiriman wang, wang pos atau draf bank atau melalui kad kredit, kad debit, kad caj, kad prabayar atau apa-apa bentuk pembayaran secara elektronik yang lain yang kena dibayar kepada Ketua Inspektor Timbang dan Sukat.”.

Penggantian Jadual Kedua

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN TIMBANG DAN SUKAT (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN-KESALAHAN) (PINDAAN) 2024