Malaysia legislation
Section 10
of PERATURAN-PERATURAN UMUR PERSARAAN MINIMUM (SIASATAN) 2013
Seksyen 10
(1)
Suatu notis siasatan boleh disampaikan kepada mana-mana orang secara ke diri dengan menyerahkan kepadanya notis siasatan itu.
(2)
Walau apa pun subperaturan (1), jika orang itu tidak boleh ditemui, notis siasatan itu boleh disampaikan dengan meninggalkan notis itu dengan—
(a)
ejennya yang diberi kuasa untuk menerima penyampaian notis siasatan itu bagi pihak orang itu, jika ada; atau
(b)
mana-mana anggota keluarganya yang dewasa (yang bukan pekhidmat domestik) yang tinggal bersamanya.
P.U. (A) 368 6
(3)
Dalam hal suatu perbadanan, suatu notis siasatan boleh disampaikan—
(a)
dengan meninggalkan notis siasatan itu di pejabat berdaftar atau tempat perniagaan perbadanan itu;
(b)
dengan menghantar notis siasatan itu melalui pos berdaftar Akaun
Terima yang dialamatkan kepada perbadanan itu di pejabat berdaftar atau tempat perniagaannya; atau
(c)
dengan menyerahkan notis siasatan itu kepada mana-mana pengarah, setiausaha atau mana-mana pegawai lain perbadanan itu.
(4)
Dalam hal suatu firma, suatu notis siasatan boleh disampaikan—
(a)
dengan meninggalkan notis siasatan itu di pejabat berdaftar atau tempat perniagaan firma itu;
(b)
dengan menghantar notis siasatan itu melalui pos berdaftar Akaun
Terima yang dialamatkan kepada firma itu di pejabat berdaftar atau tempat perniagaannya; atau
(c)
dengan menyerahkan notis siasatan itu kepada seorang atau lebih pekongsi firma itu atau kepada mana-mana orang yang, pada masa penyampaian itu, mempunyai kawalan ke atas atau menguruskan, perniagaan firma itu di pejabat berdaftar atau tempat perniagaan firma itu.
(5)
Apabila suatu notis siasatan telah disampaikan kepada seseorang mengikut subperaturan (2), pegawai yang menyampaikan notis itu hendaklah menghendaki ejen atau anggota keluarga yang dewasa bagi orang itu menandatangani suatu pengakuterimaan penyampaian di atas salinan notis siasatan itu.
P.U. (A) 368 7
(6)
Jika ejen atau anggota keluarga yang dewasa bagi orang itu menandatangani pengakuterimaan yang disebut dalam subperaturan (5), pegawai yang menyampaikan notis itu hendaklah mengembalikan salinan notis siasatan itu kepada
Ketua Pengarah dengan suatu afidavit yang menyatakan masa dan cara notis siasatan itu disampaikan.
(7)
Jika ejen atau anggota keluarga yang dewasa bagi orang itu enggan atau tidak boleh menandatangani pengakuterimaan yang disebut dalam subperaturan (5), pegawai yang menyampaikan notis itu hendaklah mengembalikan salinan notis siasatan itu kepada Ketua Pengarah dengan suatu afidavit yang menyatakan fakta mengenai keengganan atau ketidakbolehan menandatangani pengakuterimaan itu dan nama ejen atau anggota keluarga yang dewasa bagi orang itu yang menerima notis siasatan itu.
(8)
Pegawai yang menyampaikan notis hendaklah melekatkan notis siasatan di luar pintu rumah di mana orang yang hendak disampaikan notis siasatan itu biasanya tinggal jika—
(a)
orang itu, atau ejen atau anggota keluarga yang dewasa bagi orang itu yang disebut dalam subperaturan (2), enggan atau tidak boleh menerima notis siasatan yang diserahkan oleh pegawai yang menyampaikan notis itu; atau
(b)
pegawai yang menyampaikan notis itu tidak dapat menemui orang itu dan tiada ejen atau anggota keluarga yang dewasa bagi orang itu yang disebut dalam subperaturan (2) yang kepadanya penyampaian boleh dibuat.
(9)
Selepas notis siasatan dilekatkan di bawah subperaturan (8), pegawai yang menyampaikan notis itu hendaklah mengembalikan salinan notis siasatan itu kepada Ketua Pengarah dengan suatu afidavit yang menyatakan bahawa dia telah melekatkan notis siasatan itu mengikut subperaturan (8) dan sebab dia berbuat demikian.
P.U. (A) 368 8
(10)
Apabila Ketua Pengarah menerima salinan notis siasatan di bawah subperaturan (6), (7) dan (9), Ketua Pengarah hendaklah memeriksa pegawai yang menyampaikan notis itu atas ikrar berkenaan dengan cara penyampaian notis jika—
(a)
salinan notis siasatan itu dikembalikan tanpa afidavit sebagaimana yang dikehendaki di bawah subperaturan (6) atau (9); atau
(b)
salinan notis siasatan itu tidak diaku terima oleh ejen atau anggota keluarga yang dewasa bagi orang itu yang menerima sesalinan notis siasatan itu.
(11)
Selepas membuat pemeriksaan di bawah subperaturan (10), Ketua
Pengarah boleh mengisytiharkan bahawa notis siasatan itu telah disampaikan dengan sewajarnya atau boleh mengarahkan supaya notis siasatan itu disampaikan semula melalui apa-apa cara lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.
(12)
Tertakluk kepada subperaturan (2) atau (8), jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa terdapat sebab untuk mempercayai bahawa orang yang hendak disampaikan notis siasatan sedang mengelak penyampaian notis atau atas apa-apa sebab lain notis siasatan tidak dapat disampaikan, Ketua Pengarah boleh mengarahkan supaya notis siasatan itu disampaikan—
(a)
dengan menghantar notis siasatan itu melalui pos berdaftar Akuan
Terima kepada orang itu di alamatnya yang terakhir diketahui;
(b)
dengan memaparkan notis siasatan itu di tempat yang mudah dilihat di dalam atau berdekatan dengan pejabat Ketua Pengarah;
(c)
dengan menyiarkan notis siasatan itu dalam satu surat khabar harian yang mempunyai edaran di seluruh negara atau dalam laman sesawang rasmi Jabatan Tenaga Kerja; atau
P.U. (A) 368 9
(d)
dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Ketua Pengarah.
(13)
Penyampaian di bawah subperaturan (12) hendaklah mempunyai kesan seolah-olah ia telah dibuat secara ke diri ke atas orang yang hendak disampaikan notis siasatan itu.
P.U. (A) 368 10