Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini—
of Peraturan-Peraturan Umur Persaraan Minimum (Siasatan) 2013
P.U. (A)In forceProvision 2 of 10
Seksyen 2
“defendan” ertinya seseorang majikan yang terhadapnya suatu aduan dibuat di bawah subseksyen 8(1) Akta;
“notis siasatan” ertinya notis dalam Borang A, Borang B atau Borang C Jadual yang dikeluarkan di bawah perenggan 3(b) atau subperaturan 4(1), mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada seseorang yang menghendaki kehadirannya pada suatu siasatan;
“pengadu” ertinya seseorang pekerja yang membuat suatu aduan di bawah subseksyen 8(1) Akta.