Skip to content

Seksyen 4

Kehadiran orang lain semasa siasatan

of Peraturan-Peraturan Umur Persaraan Minimum (Siasatan) 2013

P.U. (A)In forceProvision 4 of 10
Seksyen 4

(1)

Ketua Pengarah boleh—

(a)

atas permintaan pengadu atau defendan, melalui notis siasatan dalam Borang C Jadual, menghendaki mana-mana orang untuk hadir dan memberikan keterangan pada suatu siasatan;

(b)

melalui notis siasatan dalam Borang C Jadual, menghendaki mana-mana orang, yang Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai mempunyai pengetahuan mengenai perkara yang menjadi persoalan atau yang boleh memberikan apa-apa keterangan yang relevan, untuk hadir dan memberikan keterangan pada suatu siasatan.

(2)

Suatu permintaan di bawah perenggan (1)(a) hendaklah dibuat kepada

Ketua Pengarah tidak kurang daripada empat belas hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk siasatan.