Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN UMUR PERSARAAN MINIMUM (SIASATAN) 2013
Seksyen 5
(1)
Ketua Pengarah hendaklah menjalankan suatu siasatan pada tarikh dan masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis siasatan.
(2)
Mana-mana orang yang dikehendaki untuk hadir pada suatu siasatan di bawah perenggan 3(b) atau subperaturan 4(1) hendaklah hadir siasatan itu pada tarikh dan masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis siasatan.
P.U. (A) 368 4
(3)
Semasa siasatan, Ketua Pengarah hendaklah memeriksa orang yang hadir atas sumpah atau ikrar dan orang itu hendaklah menjawab semua soalan yang dikemukakan oleh Ketua Pengarah kepadanya dengan benar.
(4)
Jika mana-mana orang yang dikehendaki untuk hadir pada siasatan tidak hadir pada siasatan itu, Ketua Pengarah boleh, jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa notis siasatan telah disampaikan dengan sewajarnya ke atas orang itu, terus mendengar aduan itu walau pun tanpa kehadiran orang itu.
(5)
Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Keputusan Ketua Pengarah