Seksyen 8
Rekod siasatan
of Peraturan-Peraturan Umur Persaraan Minimum (Siasatan) 2013
P.U. (A)In forceProvision 8 of 10
Seksyen 8
(1)
Ketua Pengarah hendaklah—
(a)
menyimpan suatu buku kes untuk merekodkan pernyataan orang yang hadir pada suatu siasatan dan keputusan yang telah dibuat olehnya; dan
(b)
mengesahkan rekod yang dibuat di bawah perenggan (a) dengan menurunkan tandatangannya pada buku kes itu.
P.U. (A) 368 5
(2)
Rekod dalam buku kes itu hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi bagi Ketua Pengarah dalam membuat keputusannya di bawah peraturan 6.
(3)
Jika terdapat apa-apa rayuan di bawah seksyen 10 Akta terhadap keputusan Ketua Pengarah, Ketua Pengarah boleh memberikan sesalinan rekod siasatan kepada pengadu atau defendan.