Seksyen 9
Hak pekerja untuk hadir di hadapan Ketua Pengarah
of Peraturan-Peraturan Umur Persaraan Minimum (Siasatan) 2013
P.U. (A)In forceProvision 9 of 10
Seksyen 9
(1)
Tiada majikan boleh menghalang atau cuba untuk menghalang mana-mana pekerja daripada hadir di hadapan Ketua Pengarah pada suatu siasatan di bawah Peraturan-Peraturan ini.
(2)
Mana-mana majikan yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.