Malaysia legislation
Section 11
of PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERJALANAN KUASA LEMBAGA PENGARAH) 2025
Seksyen 11
Keputusan Menteri
(1)
Menteri hendaklah memberikan pertimbangan kepada rayuan berdasarkan notis rayuan dan dokumen yang disebut dalam peraturan 10, dan keputusannya hendaklah disampaikan kepada Majlis Perwakilan Pelajar atau pemegang jawatannya melalui Lembaga.
(2)
Walau apa pun subperaturan (1), Menteri boleh, jika difikirkannya adil dan perlu, dan tertakluk kepada hak Majlis Perwakilan Pelajar atau pemegang jawatannya untuk didengar, meminta apa-apa penyataan atau keterangan lanjut daripada
Majlis Perwakilan Pelajar atau pemegang jawatannya, atau mana-mana orang lain.
(3)
Keputusan Menteri adalah muktamad.
Dibuat 2 Julai 2025
[KPT.PUU.(S)100-1/21/4 Jld.2 (1); PN(PU2)75/JLD.14]
DATO’ SERI DIRAJA DR ZAMBRY BIN ABD KADIR
Menteri Pendidikan Tinggi
P.U. (A) 239 8
UNIVERSITIES AND UNIVERSITY COLLEGES ACT 1971
UNIVERSITIES AND UNIVERSITY COLLEGES
(EXERCISE OF POWERS OF THE BOARD OF DIRECTORS) REGULATIONS 2025