Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERJALANAN KUASA LEMBAGA PENGARAH) 2025
Seksyen 4
(1)
Lembaga boleh melanjutkan tempoh keahlian Majlis Perwakilan Pelajar dan pemegang jawatannya jika pilihan raya Kampus tidak dapat diadakan disebabkan oleh—
(a)
apa-apa proklamasi darurat yang diisytiharkan di bawah
Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan;
(b)
apa-apa langkah yang ditetapkan, dibuat atau diambil di bawah
Akta
Pencegahan dan
Pengawalan
Penyakit
Berjangkit 1988 [Akta 342]; atau
(c)
apa-apa bencana.
(2)
Bagi maksud peraturan ini, “bencana” ertinya apa-apa kejadian bencana yang boleh menggugat atau mengancam keselamatan, kesihatan atau ketenteraman Universiti dan termasuklah—
(a)
bencana alam termasuk banjir, ribut, taufan, gempa bumi, tsunami, ombak besar atau tanah runtuh;
(b)
bencana industri termasuk letupan, kebakaran, pencemaran atau kebocoran bahan berbahaya di kilang, loji atau depot yang memproses, mengeluar atau menyimpan bahan berkenaan;
(c)
kemalangan yang melibatkan pengangkutan, penyaluran atau pemindahan bahan berbahaya;
P.U. (A) 239 4
(d)
keruntuhan bangunan atau struktur khas di dalam kawasan universiti atau di luar kawasan universiti;
(e)
kemalangan udara;
(f)
perlanggaran atau kegelinciran keretapi atau apa-apa sistem pengangkutan rel;
(g)
kebakaran di dalam kawasan universiti atau di luar kawasan universiti;
(h)
empangan atau takungan air pecah;
(i)
kemalangan kimia, biologi, radiologi atau nuklear yang melibatkan pepasangan atau yang berkaitan dengan kemalangan itu;
(j)
jerebu yang boleh menimbulkan keadaan kecemasan alam sekitar;
atau
(k)
apa-apa kejadian bencana lain yang diisytiharkan atau ditetapkan oleh Kerajaan.
Tempoh pelanjutan