Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERJALANAN KUASA LEMBAGA PENGARAH) 2025

Seksyen 9

(1)

Majlis Perwakilan Pelajar atau pemegang jawatannya boleh membuat rayuan kepada Menteri terhadap keputusan Lembaga berkenaan dengan pelanjutan atau pengurangan tempoh keahlian Majlis Perwakilan Pelajar dan pemegang jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis menyatakan alasan rayuannya terhadap keputusan itu.

(2)

Majlis Perwakilan Pelajar atau pemegang jawatannya hendaklah mengemukakan suatu notis rayuan dalam dua salinan kepada Lembaga dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusan itu disampaikan kepadanya.

P.U. (A) 239 7

Pengemukaan rayuan kepada Menteri

Section 9 — PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERJALANAN KUASA LEMBAGA PENGARAH) 2025