Seksyen 11
Permohonan oleh persatuan veteran berdaftar bagi menubuhkan cawangan
of Peraturan-Peraturan Veteran (Pendaftaran Veteran dan Pendaftaran Persatuan Veteran) 2016
(1)
Tiap-tiap permohonan oleh sesuatu persatuan veteran berdaftar untuk menubuhkan suatu cawangan hendaklah dibuat dalam Borang 7 bersama dengan fi yang ditetapkan.
(2)
Tiap-tiap permohonan yang disebut dalam peraturan ini hendaklah dibuat dalam empat salinan dan setiap salinan hendaklah ditandatangani oleh dua orang pemegang jawatan utama persatuan veteran berdaftar itu.
(3)
Pendaftar hendaklah memberitahu keputusannya yang menolak untuk mendaftarkan mana-mana cawangan persatuan veteran berdaftar di bawah Akta dalam
Borang 8.