Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan Zon Bebas 1991 [P.U. (A) 321/1991], yang disebut
(a)
dengan memasukkan sebelum takrif “ejen” takrif yang berikut:
‘ “barang-barang larangan” hendaklah mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta Kastam 1967;’;
(b)
dengan memasukkan selepas takrif “ejen” takrif yang berikut:
‘ “hari kerja” ertinya mana-mana hari yang bukan hari kelepasan mingguan, hari kelepasan am atau hari Sabtu;’;
(c)
dengan memotong takrif “hari kelepasan am”;
(d)
menggantikan takrif “hari kelepasan mingguan” dengan takrif yang berikut:
‘ “hari kelepasan mingguan” hendaklah mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta Hari Kelepasan 1951
[Akta 369];”;
3
(e)
dengan memotong takrif “hari kerja sepenuh masa” dan “hari kerja setengah masa”;
(f)
dalam takrif “operator”, dengan menggantikan perkataan “seorang pengeksport atau seorang pengimport” dengan perkataan “seorang pemunya, pengeksport, pengimport, atau ejennya”;
(g)
dengan memotong takrif “ pengangkutan”;
(h)
dalam teks bahasa kebangsaan, dalam takrif “pesawat tempatan”, dengan menggantikan perkataan “pesawat” dengan perkataan “kapal”;
(i)
dengan menggantikan takrif “pindahkapal” dengan takrif yang berikut:
‘ “pindah kapal” ertinya—
(a)
memindahkan barang-barang dari suatu vesel atau pesawat udara ke suatu vesel atau pesawat udara yang lain; atau
(b)
memunggah barang-barang dari suatu vesel atau pesawat udara dan meletakkan barang itu, dalam suatu pelabuhan atau lapangan terbang kastam dalam suatu zon bebas bagi maksud dikapalkan keluar dari Malaysia di atas vesel atau pesawat udara yang lain itu dalam kawasan bidang kuasa pejabat kastam yang sama yang berhubungan dengan pengimportan dan pengeksportan;’;
(j)
dengan memasukkan selepas takrif “pindah kapal” dengan takrif yang berikut:
‘ “pulau bebas cukai” ertinya Labuan, Langkawi, Tioman dan
Pangkor;’; dan 4
(k)
dengan memotong takrif “wilayah”.
Pindaan peraturan 4