Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Penguatkuasaan terhadap vesel
(1)
Jika pegawai berkuasa mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa vesel yang berlayar dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua telah melakukan pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana standard antarabangsa di bawah triti antarabangsa yang Malaysia merupakan sebuah Negara Pihak yang berhubungan dengan pencegahan, pengurangan dan kawalan pencemaran daripada vesel, pegawai berkuasa boleh menghendaki mana-mana pemunya, nakhoda atau ejen vesel untuk memberikan maklumat mengenai yang berikut:
(a)
identiti vesel itu dan pelabuhan pendaftaran vesel itu;
(b)
pelabuhan singgahan terakhir dan berikutnya vesel itu; dan
(c)
apa-apa maklumat lain yang berkaitan yang difikirkan perlu oleh pegawai berkuasa.
(2)
Jika pegawai berkuasa mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa vesel yang berlayar dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua telah melakukan pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini
P.U. (A) 233 15
atau mana-mana standard antarabangsa di bawah triti antarabangsa yang Malaysia merupakan sebuah Negara Pihak yang berhubungan dengan untuk pencegahan, pengurangan dan kawalan pencemaran daripada vesel, pegawai berkuasa boleh membuat pemeriksaan fizikal vesel itu jika—
(a)
nakhoda vesel enggan memberikan maklumat atau maklumat di bawah subperaturan (1); atau
(b)
nakhoda vesel membekalkan maklumat yang secara nyata bercanggah dengan keadaan fakta yang jelas.
(3)
Pegawai berkuasa boleh menahan mana-mana vesel yang berlayar dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua yang telah melakukan pelanggaran mana-mana peruntukan
Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana standard antarabangsa di bawah triti antarabangsa yang Malaysia merupakan sebuah
Negara Pihak yang berhubungan dengan pencegahan, pengurangan dan kawalan pencemaran daripada vesel yang mengakibatkan pelepasan, yang menyebabkan kerosakan atau ancaman kerosakan kepada zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua.
(4)
Mana-mana pemunya, nakhoda atau ejen vesel yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan.