Malaysia legislation

Section 13

of PERATURAN-PERATURAN ZON EKONOMI EKSKLUSIF 2026

Seksyen 13

Memecahkan atau merosakkan kabel bawah tanah atau talian paip

(1)

Mana-mana orang yang memecahkan atau merosakkan, atau menyebabkan atau membenarkan vesel untuk memecahkan atau merosakkan kabel bawah tanah atau talian paip dalam kawasan sensitif laut, mana-mana kawasan dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua, melakukan suatu kesalahan.

(2)

Walau apa pun subperaturan (1), seseorang tidaklah melakukan kesalahan di bawah subperaturan (1) jika orang itu yang memecahkan atau merosakkan, atau

P.U. (A) 233 17

menyebabkan atau membenarkan vesel untuk memecahkan atau merosakkan kabel bawah tanah atau talian paip itu bertindak dengan tujuan yang sah untuk menyelamatkan nyawa atau vesel orang itu.

Section 13 — PERATURAN-PERATURAN ZON EKONOMI EKSKLUSIF 2026